Logo KOPROJAYA

logo_koprojaya

LOGO KOPROJAYA

Logo Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (Koprojaya) ini diilhamkan daripada binaan tugu yang menjadi mercu tanda Putrajaya. Tugu tersebut terletak di atas bukit berhadapan dengan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat YAB Perdana Menteri.

Bentuk dan motif logo ini pula dilakar berpandukan gambaran sebuah kapal layar berwarna perak yang menjadi warna rasmi Koprojaya. Tulisan Koprojaya menghiasi di bawahnya sebagai tapak yang menjadi simbol keupayaan Koprojaya untuk menjadi sebuah gerakan koperasi unggul yang diterajui oleh profesional muda di dalam perkhidmatan awam.

2,958 total views, 1 views today