Mengenai KOPROJAYA

KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA

NILAI KAMI BERSAMA

  • LOYALTY Setia
    We are genuinely loyal to the country and cooperative
  • INTEGRITY Integriti
    We are honest in conducting our affairs, reflected in good governance of the cooperative and respect towards each other
  • COMPETENCY Kompetensi
    At all times, we strive to attain and maintain excellence both individually and collectively

SEPINTAS LALU

KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD (KOPROJAYA) merupakan satu jenama baharu untuk kerjasama profesional muda di dalam perkhidmatan awam yang mendukung aspirasi untuk meningkatkan keupayaan rantaian ekonomi negara melalui gerakan koperasi. KOPROJAYA telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 21 Jun 2013 dengan nombor pendaftaran B-4-1203. KOPROJAYA telah diiktiraf sebagai patuh syariah oleh Jawatankuasa Syariah ANGKASA pada 1 Mac 2017 dan juga telah dianugerahkan Sijil ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) (CERT. NO. : QMS 03156)

OBJEKTIF

  • Meningkatkan tahap profesionalisme penjawat awam yang menjadi ahli Koprojaya melalui penganjuran acara berskala besar, sesi perkongsian ilmu #teatime, peluang mengikuti pelbagai kursus di Maktab Kerjasama Malaysia & ANGKASA secara percuma, akses kepada pembiayaan pendidikan yang disediakan Yayasan Bank Rakyat serta Yayasan ANGKASA dan power networking melalui program Teh Tarik bersama ALK;
  • Menjaga kebajikan penjawat awam yang menjadi ahli melalui insurans takaful berkelompok percuma, Kad Diskaun, Baucer Buku KOPROJAYA (BERBUKA), Tabung Amal KOPROJAYA (TAMAR) yang meliputi bantuan kematian/rawatan pembedahan/kerugian bencana & insentif perkahwinan/kelahiran/ kecemerlangan; dan
  • Memberi pulangan dividen yang tinggi dengan sasaran sebanyak 10 peratus (selepas zakat) setiap tahun.

VISI

Menyertai Indeks 100 Koperasi Terbaik Menjelang 2020

MISI

Menggerakkan model kerjasama yang menyatukan idea, tenaga dan sumber penjawat awam muda demi kepentingan bersama

MOTTO

Wadah Kerjasama Penjawat Awam Muda

DASAR KUALITI

KOPROJAYA komited bagi memastikan urusan pendaftaran dilaksanakan dengan lancar dan akan senantiasa meninjau mana-mana peluang penambah-baikan dalam melaksanakan proses-proses berikut supaya para penjawat awam yang membuat permohonan keahlian berpuas hati dengan urusan tersebut:

  • permohonan keahlian;
  • pemberitahuan tentang keputusan penerimaan keahlian; dan
  • makluman kesediaan kad ahli bagi mereka yang diterima sebagai ahli.

OBJEKTIF KUALITI

  1. Sistem aplikasi keahlian boleh dicapai sekurang-kurangnya 90% sepanjang tahun.
  2. Keputusan permohonan keahlian dibuat dalam masa 40 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  3. Pemakluman keahlian dibuat dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja selepas keputusan melalui mesyuarat ALK.
  4. Bayaran pemulangan yuran dibuat dalam masa 1 hingga 4 hari bekerja selepas keputusan melalui mesyuarat ALK dan maklumat lengkap diperolehi bagi mereka yang tidak berjaya menjadi ahli.
  5. Makluman pengambilan kad ahli dalam masa 3 hari bekerja selepas kad siap dicetak.
  6. Sasaran indeks kepuasan pelanggan sehingga 90%.

 

5,433 total views, 1 views today