Dividen Untuk Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2019

Mesyuarat Agung Tahunan KOPROJAYA Kali Ke-6 telah bersetuju untuk membayar dividen sebanyak 10% bagi ahli yang layak.
Sukacita dimaklumkan, maklumat dividen yang layak diterima oleh setiap ahli telah dikemaskini dalam Sistem Maklumbalas Kehadiran MAT Ke-6 dan Kemaskini Maklumat Ahli KOPROJAYA yang boleh diakses melalui pautan https://kemaskini.koprojaya.com.my. Semua ahli boleh menyemak nilai dividen untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019 masing-masing melalui halaman ‘Maklumat Saham dan Dividen’
Bagi yang memilih untuk mengambil dividen, wang dividen akan dibayar secara pindahan akaun dalam tempoh 14 hari bekerja.
Sebarang penukaran sama ada untuk melabur semula atau mengambil dividen adalah tidak dibenarkan di dalam tempoh 14 hari bekerja. Sekiranya ada, ahli boleh memohon untuk menambah syer atau mengeluarkan syer, selepas tempoh 14 hari bekerja.