Makan Malam Bersama Duta Besar Republik Indonesia

Telah berlangsung program santai sesi makan malam KOPROJAYA bersama Kedutaan Republik Indonesia di Kuala Lumpur. Koprojaya diwakili oleh Encik Mohd Arif bin Adenan Pengerusi KOPROJAYA dan Encik Saiful Azhar bin Shaharun Timbalan Pengerusi menyantuni Tuan Yang Terutama Hermano, Duta Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur .

Sepanjang sesi itu pelbagai isu-isu dan aspirasi kedua-dua pihak turut dikongsikan terutama dalam gerakan Koperasi. Turut serta bersama dalam sesi tersebut adalah Sdr. James Koh Pengerusi Jawatan Kuasa Pelaburan Koprojaya dan wakil Mayora Malaysia pengeluar produk terkemuka jenama Kopiko dan Choki Choki.

Sesi ini adalah antara program pengantarabangsaan KOPROJAYA yang telah dijalankan sebelum ini termasuk bersama pihak Badan Cooperative Development Authority (CDA) di Filipina, CIRCLE Cooperative Indonesia di Jogjakarta. Diharapkan @medac terus memberi sokongan kepada program2 pengantarabangsaan yang dijalankan oleh para Kooperator di Malaysia.