NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPROJAYA KE-7

Para anggota KOPROJAYA yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa KOPROJAYA akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-7 sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh: 2 Oktober 2022 (Ahad)
Masa: 2.30 hingga 6.00 petang (pendaftaran bermula pukul 2.00 petang)
Tempat: Dewan Damar Sari 1 & 2, Blok F8, Parcel F, Putrajaya
Kod Pakaian: Smart Casual
Perasmian oleh : YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia

Surat rasmi jemputan AGM dan Agenda Mesyuarat boleh diakses menerusi alamat URL:

https://kemaskini.koprojaya.com.my/spark/login.php

Jika tuan/puan pertama kali login ke sistem ini, sila gunakan nombor kad pengenalan sebagai kata laluan dan seterusnya menukar kata laluan setelah berjaya akses. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang masalah teknikal boleh hubungi nombor talian rasmi KOPROJAYA.

Menerusi sistem ini, tuan/puan dimohon untuk:

  • Mengemaskini butiran terkini maklumat peribadi (sekiranya ada perubahan)
  • Mengesahkan kehadiran ke AGM ke-7
  • Mengesahkan sama ada ingin mengeluarkan dividen atau melaburkan semula saham (bagi anggota yang layak sahaja iaitu bagi ahli no 0001 hingga 2111
  • Membuat sebarang cadangan usul (7 hari sebelum AGM berlangsung)
  • Mencalonkan diri untuk jawatan Ahli Lembaga Koperasi (sekiranya berminat).

Tuan/Puan dimohon untuk memberi perhatian segera terhadap perkara-perkara di atas dan memberikan maklumbalas sebelum atau pada 25 September 2022 (Ahad).

Sebarang kelewatan maklumbalas tidak akan dipertimbangkan dan dianggap sebagai tidak hadir.

Marilah bersama-sama kita menjayakan AGM ke-7 KOPROJAYA kerana KOPROJAYA ADALAH MILIK KITA BERSAMA

Sekian, terima kasih

Setiausaha