NOTIS PEMAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEENAM KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD (KOPROJAYA)

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPROJAYA KE-6

Para anggota KOPROJAYA yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa KOPROJAYA akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6 sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh: 22 Februari 2020 (Sabtu)
Masa: 2.30 hingga 6.00 petang (pendaftaran bermula pukul 2.30 petang)
Tempat: Dewan Damar Sari 1 & 2, Blok F8, Parcel F, Putrajaya
Kod Pakaian: Smart Casual
Perasmian oleh: YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali

Surat rasmi jemputan AGM dan Agenda Mesyuarat boleh diakses menerusi alamat URL:

https://kemaskini.koprojaya.com.my/spark/login.php

Jika tuan/puan pertama kali login ke sistem ini, sila gunakan nombor kad pengenalan sebagai kata laluan dan seterusnya menukar kata laluan setelah berjaya akses. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang masalah teknikal boleh hubungi nombor talian rasmi KOPROJAYA.

Menerusi sistem ini, tuan/puan dimohon untuk:

  1. Mengemaskini butiran terkini maklumat peribadi (sekiranya ada perubahan)
  2. Mengesahkan kehadiran ke AGM ke-6
  3. Mengesahkan sama ada ingin mengeluarkan dividen atau melaburkan semula saham (bagi anggota yang layak sahaja iaitu bagi ahli no 0001 hingga 1738
  4. Membuat sebarang cadangan usul (7 hari sebelum AGM berlangsung)
  5. Mencalonkan diri untuk jawatan Ahli Lembaga Koperasi (sekiranya berminat).

Tuan/Puan dimohon untuk memberi perhatian segera terhadap perkara-perkara di atas dan memberikan maklumbalas sebelum atau pada 14 Februari 2020 (Jumaat).

Sebarang kelewatan maklumbalas tidak akan dipertimbangkan dan dianggap sebagai tidak hadir.

Marilah bersama-sama kita menjayakan AGM ke-6 KOPROJAYA kerana KOPROJAYA ADALAH MILIK KITA BERSAMA

Sekian, terima kasih

Setiausaha