NOTIS PEMAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KETUJUH KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD (KOPROJAYA) SECARA NORMA BAHARU

YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik,

Dengan penuh hormat takzim dan rendah diri saya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik sekeluarga dengan iringan doa semoga sentiasa diberikan perlindungan dan rahmat Allah SWT.
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ketujuh Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) akan diadakan secara norma baharu seperti butiran berikut:

Tarikh : 23 Januari 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Dewan Seri Seroja, Presint 15, Putrajaya
Atur cara : Seperti di Lampiran
Kod Pakaian : Smart Casual
Perasmi : YBhg Dato’ Lokman Hakim bin Ali
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Untuk tujuan maklumbalas kehadiran mesyuarat, penamaan waris (jika ada), maklumbalas pengeluaran dividen atau labur semula saham dan cadangan usul (jika ada), YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik bolehlah memberikan jawapan melalui sistem kemaskini maklumat ahli di alamat:

URL http://kemaskini.koprojaya.com.my

Pengesahan kehadiran bermula pada: 12 Januari 2021 (Selasa) jam 8.00 pagi

Dimaklumkan juga kehadiran anggota adalah dihadkan kepada 200 orang pertama yang memberikan maklumbalas kehadiran. Hal ini seiring dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bagi anggota yang tidak dapat menghadirkan diri, MAT akan disiarkan secara langsung secara atas talian di Facebook Page KOPROJAYA.

Setiap anggota yang hadir ke MAT secara fizikal dari awal hingga tamat mesyuarat akan diberikan Elaun Kehadiran MAT berjumlah RM100 selepas mesyuarat selesai. Sehubungan itu, besarlah harapan kiranya YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik dapat memberi keutamaan untuk hadir ke MAT Kali Ketujuh KOPROJAYA ini.

Sekian, terima kasih.

KOPROJAYA