NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI-7 KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD (KOPROJAYA)

Semua Ahli

Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA)

YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik,NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI-7 KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD (KOPROJAYA)
Dengan penuh hormat takzim dan rendah diri saya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan YBhg Dato’/ Tuan/ Puan/ Cik sekeluarga serta semoga sentiasa diberikan perlindungan dan rahmat Allah SWT.

2. Seperti telah sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dilaksanakan pada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 dan antara aktiviti yang dilarang ialah penganjuran majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan dan lain2 aktiviti sosial yang melibatkan perhimpunan ramai orang.

3. Sehubungan itu, selaras dengan pengumuman PKP oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga KOPROJAYA telah membuat keputusan bagi MENANGGUHKAN Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali-7 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

4. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik berhubung perkara ini turut pihak kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sentiasalah kita mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid 19 ini.  

Sekian, terima kasih.


KOPRAJAYA
#WeAreKoproGiants #MAT7 #koprojaya

KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD( Ruj.: SKM.IP(PEND)B-1157/(1))
Unit 4 , Bangunan Annexe Kompleks
Pejabat Kedutaan (Chancery Place) Presint DiplomatikPresint 15, 62050 Putrajaya
setiausaha@koprojaya.com.my
012-2200 205