PENAFIAN – KOPROJAYA TIDAK MENJALANKAN PERKHIDMATAN DAN PERNIAGAAN PINJAMAN WANG / KREDIT KEPADA ORANG AWAM

Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) mendapati ada pihak-pihak yang menggunakan nama KOPROJAYA bagi menawarkan skim pinjaman koperasi untuk orang awam seperti pautan berikut

  1. https://personalfinancingloan.com/koprojaya-koperasi-profesional-putrajaya-berhad/
  2. https://malaysiadigit.com/koprojaya-koperasi-profesional-putrajaya-berhad/

KOPROJAYA ingin menegaskan bahawa koperasi ini tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan meminjam wang atau perniagaan kredit kepada orang awam.

Tindakan sedang diambil terhadap pihak berkenaan termasuklah laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

27 APRIL 2022