Penyerahan Zakat KOPROJAYA

Alhamdulillah. Selesai penyerahan wang zakat KOPROJAYA kepada Rumah Jagaan Kanak-kanak Muhammad Al-Fateh diwakili oleh Bendahari KOPROJAYA, Encik Megat Shah Hamerul.

KOPROJAYA meneruskan inisiatif pemberian zakat yang telah diamalkan sejak beberapa tahun menerusi Skim Wakalah PPZ yg turut melibatkan syer ahli beragama Islam. Sebanyak 8 pusat asnaf/tahfiz/fakir miskin/anak yatim dll telah dipilih bagi inisiatif ini.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yg memerlukan sempena bulan Ramadan ini dan Syawal yang bakal menjelma.