TIADA ISU COVID-19 SEMASA AGM KOPROJAYA PADA 22 FEBRUARI 2020

KENYATAAN RASMI
TIADA ISU COVID-19 SEMASA AGM KOPROJAYA PADA 22 FEBRUARI 2020
Ahli KOPROJAYA yang dihormati,
KOPROJAYA mengambil maklum akan penularan info mengenai COVID-19 melibatkan seorang pegawai sebuah GLC yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai sebuah Kementerian yang telah menganjurkan majlis di Kuala Lumpur pada 27 Februari 2020 lalu.
Dalam hubungan ini, interaksi pegawai GLC yang disahkan positif COVID-19 tersebut bersama pegawai-pegawai Kementerian berkenaan adalah selepas lima (5) hari AGM KOPROJAYA berlangsung. Ini bermakna tidak timbul isu COVID-19 telah tersebar semasa AGM KOPROJAYA diadakan.
Barisan ALK dan pengurusan KOPROJAYA memohon kerjasama ahli agar menghentikan segera penyebaran maklumat yang tidak tepat melibatkan nama KOPROJAYA.
Sekian, terima kasih.
Ahli Lembaga dan Pengurusan KOPROJAYA