FAQ – Frequently Asked Questions

1. KOPROJAYA? Apa sebenarnya KOPROJAYA ni?

KOPROJAYA atau Koperasi Profesional Putrajaya Berhad merupakan satu gerakan Koperasi yang dianggotai oleh penjawat awam muda Perkhidmatan Awam. Ia ditubuhkan pada 23 Jun 2013 dan kini dianggotai hampir 1,100 orang penjawat awam dari pelbagai skim perkhidmatan.

2. Apakah syarat untuk menjadi ahli?

Syarat utama, anda mestilah seorang penjawat awam seperti mana dinyatakan dalam Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan di gred 16 dan ke atas. Selain itu, anda mestilah mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda.

Klik di sini untuk maklumat bagaimana menjadi ahli.

3. Adakah saya perlu membayar sebarang yuran atau saham? Berapa yang perlu dibayar?

Permohonan saham minimum adalah RM100 bagi 100 unit saham berserta yuran keahlian sebanyak RM50. Maka, jumlah bayaran minimum adalah sebanyak RM150.

Permohonan saham maksimum saham bagi ahli baharu adalah RM1,000 bagi 1,000 unit saham beserta yuran keahlian sebanyak RM50. Maka, jumlah bayaran maksimum adalah sebanyak RM1,050.

Tiada sebarang bayaran bulanan dikenakan. Permohonan saham tambahan boleh dipertimbangkan bagi ahli-ahli yang aktif dan telah memberi sumbangan bermakna kepada KOPROJAYA.

4. Sekiranya saya ingin menambah saham, bagaimanakah caranya?

Buat masa kini, Mesyuarat Ahli Lembaga KOPROJAYA memutuskan untuk membekukan penambahan saham bagi semua ahli, KECUALI bagi ahli-ahli yang belum mencapai jumlah saham maksima RM1000.00.

5. Bagaimanakah sekiranya saya ingin membuat pengeluaran saham?

Pengeluaran boleh dimohon dengan mengisi borang pengeluaran saham seperti pautan berikut. Walau bagaimanapun, sebarang pengeluaran saham akan memberi kesan kepada pembayaran dividen tahunan akan datang.

6. Apakah keistimewaan yang akan saya terima dengan menjadi ahli KOPROJAYA?

Semua ahli KOPROJAYA akan menerima pelbagai keistimewaan seperti:

  1. Perlindungan Am bernilai lebih RM27,000 (termasuk khairat dan caj hospital)
  2. Kad Diskaun KOPROJAYA yang memberi kelebihan berbelanja di semua outlet rangkaian rakan strategik.

Maklumat lanjut boleh didapati di pautan ini.

7. Saya ada terbaca mengenai Tabung TAMAR. Boleh jelaskan mengenainya?

Setiap ahli layak dipertimbangkan untuk menerima sumbangan TAMAR bagi permohonan pertama. Permohonan kedua dan seterusnya hanya akan dipertimbangkan bagi ahli yang aktif dan telah memberi sumbangan bermakna kepada KOPROJAYA.

Senarai bantuan sumbangan TAMAR adalah seperti berikut:

  1. Penyakit yang memerlukan rawatan hospital melibatkan pembedahan (bagi pasangan suami / isteri / anak-anak)
  2. Kerugian harta benda disebabkan oleh bencana alam, kecurian, kebakaran, kemalangan dan sebagainya
  3. Kematian keluarga terdekat (ibu/bapa, isteri/suami, dan  anak sahaja)
  4. Insentif perkahwinan dan kelahiran bayi
  5. Insentif khas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Maklumat lanjut mengenai TAMAR, bolehlah menghubungi Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan KOPROJAYA, Saudara Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali di talian 03-8885 3858 atau emel: onesive@hotmail.com.

8. Adakah KOPROJAYA menawarkan pulangan dividen yang menarik dan patuh syariah?

KOPROJAYA menjalankan perniagaan berasaskan pertanian dan perkhidmatan termasuklah seperti aktiviti borong beras, pengurusan acara serta terbaharu, bakal mendirikan stesen minyak di Presint 18, Putrajaya.

Rekod pembahagian dividen KOPROJAYA adalah seperti berikut:

Tahun berakhir 2014: 10% (selepas zakat)

Tahun berakhir 2015: 10% (selepas zakat)

Tahun berakhir 2016: 10% (selepas zakat)

Tahun berakhir 2017: 10% (selepas zakat)

Pendapatan bersih yang diterima KOPROJAYA telah dibayar zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta turut membayar GST. Pada 1 Mac 2017, KOPROJAYA telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Syariah oleh Ahli Jawatankuasa Syariah ANGKASA.

9. Jika saya menjadi ahli KOPROJAYA, apakah yang boleh saya sumbangkan?

Dalam KOPROJAYA, ahli-ahlilah aset paling bernilai! Berlandaskan konsep ‘Dari Ahli kepada Ahli’, KOPROJAYA amat mengalu-alukan penglibatan serta sumbangan ahli secara proaktif melalui tiga (3) biro utama iaitu Perniagaan, Sosial dan Kebajikan dan Profesional. Terdapat beberapa Sub-Biro telah ditubuhkan dan ahli hendaklah memilih salah satu Biro yang ada untuk dijadikan platform dalam usaha menjadikan KOPROJAYA salah satu dari 100 koperasi terbaik di Malaysia.

MAKLUMAT TUNTUTAN PERLINDUNGAN AM KOPROJAYA

  1. Jumlah nilai Perlindungan Am KOPROJAYA adalah bernilai sebanyak RM27,250 iaitu seperti berikut:
  2. pampasan sebanyak RM20,000
  3. manfaat perubatan kemalangan berjumlah RM3,000 seorang
  4. manfaat urusan pengkebumian berjumlah RM3,000 seorang
  5. manfaat kos ambulans RM250 seorang
  6. manfaat perbelanjaan peralatan sokongan selepas kemalangan sebanyak RM1,000 seorang.
  7. Perlindungan Am ini disediakan oleh Takaful Malaysia Sdn Bhd dan diuruskan oleh Rosegate Insurance Broker Sdn Bhd.
  8. Untuk urusan tuntutan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Encik Hafefee Mahadzir di talian 016-2015887 atau Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial KOPROJAYA, Encik Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali di talian 03-8885 3858 atau emel onesive@hotmail.com.