Permohonan Keanggotaan KOPROJAYA
Permohonan Keanggotaan KOPROJAYA Dalam Talian kini dibuka bermula 1 Januari 2024.
SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN KEANGGOTAAN KOPROJAYA
- Bilakah Permohonan Keanggotaan KOPROJAYA dibuka?
Permohonan dibuka mulai 1 Januari 2024 secara dalam talian. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh tutup ditetapkan.
- Bagaimanakah untuk mendaftar anggota KOPROJAYA?
Pemohon boleh layari laman sesawang KOPROJAYA dan klik laman ‘Permohonan Keanggotaan KOPROJAYA’.
- Apakah syarat-syarat atau kelayakan untuk menjadi anggota KOPROJAYA?
Kelayakan menjadi anggota Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) adalah seperti berikut:
a. Pemohon mestilah merupakan seorang penjawat awam yang masih berkhidmat (kelayakan tidak terbatal selepas bersara)
b. Memiliki sekurang-kurangnya kelayakan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda (mohon lampirkan di dalam borang permohonan ini)
c. Sekurang-kurangnya berada di Gred 16 dan ke atas
d. Berumur tidak melebihi 40 tahun semasa tarikh kemasukan.
- Apakah langkah-langkah dalam permohonan sebagai anggota KOPROJAYA?
Langkah Daftar Anggota KOPROJAYA adalah seperti berikut:
- Layari laman sesawang KOPROJAYA
- Klik laman ‘Permohonan Keanggotaan KOPROJAYA’
- Klik butang ‘Permohonan Keanggotaan KOPROJAYA Dalam Talian’
- Isi Google Form dan muat naik Sijil Akademik
- Hantar borang
- Klik pautan pembayaran Billplz
- Masukkan nilai dan buat pembayaran
- Menerima salinan borang dan resit pembayaran
- Selesai permohonan dan transaksi
5. Apakah yang perlu diisi pemohon dalam Borang Permohonan Keanggotaan KOPROJAYA?
Pemohon perlu mengisi ruangan berikut:
a. Butiran Pemohon (Latar Pemohon, Latar Akademik dan Latar Pekerjaan)
b. Modal Syer (Jumlah unit syer yang ingin dilanggan dan Jumlah Langganan Syer KOPROJAYA)
c. Butiran Bank Akaun (Bagi tujuan pembayaran dividen / pengeluaran saham / elaun kehadiran dan lain-lain urusan keanggotaan)
d. Butiran Penama (Nama, Hubungan, Alamat, No. Telefon dan Emel)
e. Butiran Pencadang (Nama, No. Anggota, No. Telefon (H/P))
f. Akuan Pemohon
- Berapa jumlah syer boleh dilanggan dan bagaimanakah pengiraannya?
Langganan minimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM500 dan maksimum sebanyak RM5000. Nilai syer adalah RM1.00 per Unit.
Kaedah Pengiraan: Jumlah Unit x RM1.00 per unit = Jumlah Langganan Syer
- Adakah terdapat kos lain yang perlu dibayar selain jumlah langganan syer?
Selain jumlah langganan syer, pemohon perlu membayar Fi Masuk sebanyak RM50 sekali bayar dan caj RM1.20 bagi transaksi yang berjaya dilakukan di platform gerbang pembayaran Billplz.
Caj transaksi RM1.20 ini ditanggung pemohon sebagai pengguna Billplz dan ia tidak termasuk dalam Jumlah Langganan Syer KOPROJAYA.
Jumlah Pembayaran di Gerbang Pembayaran Billplz:
Modal Syer (RM500 – RM5000) + Fi Masuk (RM50) + Caj Transaksi Billplz (RM1.20)
- Apakah tujuan mengisi Butiran Pencadang dalam borang ini?
Butiran Pencadang wajib diisi sebagai syarat penerimaan permohonan sebagai anggota KOPROJAYA. Pencadang hendaklah terdiri daripada anggota sah KOPROJAYA bagi tujuan verifikasi pemohon.
- Adakah pemohon akan menerima salinan selepas mengisi borang dan melakukan transaksi?
Ya, pemohon akan menerima salinan borang lengkap secara automatik ke emel pemohon. Pemohon juga menerima salinan bagi transaksi yang dibuat di Billplz bagi pembayaran langganan syer.
- Berapa lamakah kelulusan permohonan keanggotaan KOPROJAYA?
Tempoh kelulusan adalah 30 hari. Setiap permohonan yang diterima akan melalui proses kelulusan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (MALK).
- Apakah status permohonan akan dimaklumkan?
Ya, status kelulusan samada ‘Diluluskan’ atau ‘Tidak Diluluskan’ akan dimaklumkan kepada pemohon.
Sekiranya diluluskan, pemohon akan menerima Surat Pengesahan Keanggotaan KOPROJAYA menerusi emel.
Namun, sekiranya tidak diluluskan, pemohon akan menerima makluman menerusi emel dan Jumlah Langganan Syer KOPROJAYA (Modal Syer dan Fi Masuk) akan dipulangkan kembali kepada pemohon. Caj Transaksi Billplz tidak akan dikembalikan.
Sila pastikan butiran dalam Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan benar bagi tujuan komunikasi menerusi emel dan aplikasi WhatsApp.
- Apakah kelebihan menjadi anggota KOPROJAYA?
Kelebihan menjadi anggota boleh diketahui di pautan berikut: https://www.koprojaya.com.my/ms/menjadi-ahli/
- Sekiranya saya lulus menjadi anggota KOPROJAYA, bilakah jangkaan saya menerima dividen?
Pemberian dividen ini adalah tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KOPROJAYA selepas berbincang dan mengambil kira kedudukan kewangan serta prestasi perniagaan KOPROJAYA.
Dividen hanya akan dibayar kepada anggota yang syernya telah berada 12 bulan di dalam akaun modal syer anggota untuk satu-satu tahun kewangan. Boleh rujuk Fasal 70(1) dan (2), Undang-Undang Kecil KOPROJAYA.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi aplikasi WhatsApp Hotline KOPROJAYA. Terima kasih.