Permohonan Penambahan Syer KOPROJAYA

Permohonan Penambahan Syer KOPROJAYA Dalam Talian kini boleh dibuka bermula 1 Januari 2024 sehingga 30 Jun 2024.

SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN PENAMBAHAN SYER KOPROJAYA

  1. Bilakah Permohonan Penambahan Syer KOPROJAYA dibuka?

Permohonan penambahan syer untuk anggota KOPROJAYA dibuka mulai 1 Januari 2024 sehingga 30 Jun 2024 secara dalam talian.

  1. Bagaimanakah untuk menambah syer KOPROJAYA?

Anggota boleh layari laman sesawang KOPROJAYA dan klik laman ‘Permohonan Penambahan Syer’ di bawah menu ‘Urusan Keanggotaan’.

  1. Apakah langkah-langkah untuk menambah syer saya di KOPROJAYA?

Langkah Permohonan Penambahan Syer KOPROJAYA adalah seperti berikut:

  1. Layari laman sesawang KOPROJAYA
  2. Klik laman ‘Permohonan Penambahan Syer KOPROJAYA’
  3. Klik butang ‘Permohonan Penambahan Syer KOPROJAYA Dalam Talian’
  4. Isi Google Form
  5. Hantar borang
  6. Klik pautan pembayaran Billplz
  7. Masukkan nilai dan buat pembayaran
  8. Menerima salinan borang dan resit pembayaran
  9. Selesai permohonan dan transaksi

4. Apakah yang perlu diisi pemohon dalam Borang Penambahan Syer KOPROJAYA?

Pemohon perlu mengisi ruangan berikut:

a. Butiran Anggota (No. Anggota dan No. Telefon (H/P))
b. Butiran Penambahan Syer Anggota (Jumlah Syer Sedia Ada, Jumlah Tambahan Unit Syer dan Jumlah Tambahan Syer KOPROJAYA)
c. Akuan Anggota

  1. Berapa jumlah tambahan syer boleh ditambah anggota dan bagaimanakah kaedah pengiraannya?

Semua anggota KOPROJAYA digalakkan mempunyai langganan syer sekurang-kurangnya minimum RM1,000. Maksimum syer yang boleh dilanggan anggota adalah sebanyak 5,000 unit sahaja berkuatkuasa 1 Januari 2024 dan tertakluk kepada kelulusan akhir Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (MALK).

Kaedah Pengiraan: RM5000 – Jumlah Syer Sedia Ada = Jumlah Syer yang Boleh Ditambah

  1. Adakah terdapat kos lain yang perlu dibayar selain jumlah tambahan syer?

Anggota hanya membayar Jumlah Tambahan Syer sahaja.

Selain dari itu, anggota juga akan dikenakan caj RM1.20 bagi transaksi yang berjaya dilakukan di platform gerbang pembayaran Billplz dan caj ini ditanggung pemohon sebagai pengguna dan ia tidak termasuk dalam Jumlah Tambahan Syer KOPROJAYA.

  1. Bagaimana caranya anggota boleh menyemak jumlah syer sedia ada yang dimiliki?

Anggota boleh menyemak jumlah syer sedia ada di portal berikut: https://kemaskini.koprojaya.com.my

Sekiranya menghadapi kesukaran dalam mengakses portal ini, anggota boleh terus menghubungi Admin Hotline KOPROJAYA menerusi aplikasi WhatsApp bagi membolehkan admin menetapkan semula kata laluan.

8. Adakah anggota akan menerima salinan selepas mengisi borang dan melakukan transaksi?

Ya, anggota akan menerima salinan borang lengkap secara automatik ke emel anggota. Anggota juga menerima salinan bagi transaksi yang dibuat di Billplz bagi pembayaran tambahan syer.

  1. Berapa lamakah kelulusan permohonan penambahan syer KOPROJAYA?

Tempoh kelulusan adalah 30 hari dari Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (MALK). Setiap permohonan yang diterima akan melalui proses kelulusan di dalam mesyuarat bulanan tersebut.

  1. Apakah status permohonan akan dimaklumkan?

Ya, status kelulusan samada ‘Diluluskan’ atau ‘Tidak Diluluskan’ akan dimaklumkan kepada anggota.

Sekiranya diluluskan, anggota akan menerima makluman menerusi emel.

Namun, sekiranya tidak diluluskan, pemohon akan menerima makluman menerusi emel dan Jumlah Tambahan Syer KOPROJAYA akan dipulangkan kembali kepada anggota. Caj Transaksi Billplz tidak akan dikembalikan.

Sila pastikan butiran dalam Borang Permohonan Penambahan Syer diisi dengan lengkap dan benar bagi tujuan komunikasi menerusi emel dan aplikasi WhatsApp.

  1. Selepas penambahan syer, bilakah jangkaan saya menerima dividen?

Pemberian dividen ini adalah tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan KOPROJAYA selepas berbincang dan mengambil kira kedudukan kewangan serta prestasi perniagaan.

Dividen hanya akan dibayar kepada anggota yang syernya telah berada 12 bulan di dalam akaun modal syer anggota untuk satu-satu tahun kewangan. Boleh rujuk Fasal 70(1) dan (2), Undang-Undang Kecil KOPROJAYA.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi aplikasi WhatsApp Hotline KOPROJAYA. Terima kasih.