DASAR KUALITI KOPROJAYA
Dasar Kualiti KOPROJAYA
KOPROJAYA bertekad memastikan proses pendaftaran keanggotaan berjalan lancar sambil terus memperbaiki prosedur yang ada. Keutamaan diberikan kepada kepuasan penjawat awam melalui pelaksanaan proses berikut:
- Pengurusan permohonan keanggotaan.
- Pengurusan penambahan dan pengeluaran syer.
- Pengurusan transaksi syer anggota.
- Pengurusan komunikasi dengan anggota.
- Pengurusan penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi.
- Pengurusan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)
Objektif Kualiti KOPROJAYA
- Akses Sistem Keanggotaan: Sistem aplikasi keanggotaan boleh dicapai sekurang-kurangnya 90% sepanjang tahun.
- Keputusan Permohonan: Keputusan permohonan dibuat dalam 40 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
- Makluman Keputusan: Pemakluman keputusan permohonan dilakukan dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja selepas mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi.
- Bayaran Pemulangan Yuran: Bayaran yuran dikembalikan dalam masa 1 hingga 4 hari bekerja selepas keputusan mesyuarat ALK dan penerimaan maklumat lengkap bagi pemohon yang tidak berjaya.
- Kepuasan Pelanggan: Menyasarkan indeks kepuasan pelanggan sehingga 90%.
Komitmen ini memastikan perkhidmatan yang cekap dan telus.