Skip to content Skip to left sidebar Skip to footer

FAQ PERMOHONAN KEANGGOTAAN KOPROJAYA

Kelayakan menjadi anggota Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) adalah seperti berikut:

 

  • Pemohon mestilah merupakan seorang penjawat awam yang masih berkhidmat (kelayakan tidak terbatal selepas bersara)
  • Memiliki sekurang-kurangnya kelayakan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda (mohon lampirkan di dalam borang permohonan ini)
  • Sekurang-kurangnya berada di Gred 16 dan ke atas
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun semasa tarikh kemasukan.

Langkah Daftar Anggota KOPROJAYA adalah seperti berikut:

 

  • Layari laman sesawang KOPROJAYA
  • Klik “Urusan Keanggotaan”
  • Klik “Pendaftaran Keanggotaan KOPROJAYA
  • Isi borang dan muat naik dokumen
  • Hantar borang
  • Membuat pembayaran modal syer dan fi masuk 
  • Menerima salinan borang dan resit pembayaran
  • Selesai permohonan dan transaksi

Pemohon perlu mengisi ruangan berikut:

 

  • Butiran Pemohon (Latar Pemohon, Latar Akademik dan Latar Pekerjaan)
  • Modal Syer (Jumlah unit syer yang ingin dilanggan dan Jumlah Langganan Syer KOPROJAYA)
  • Butiran Bank Akaun (Bagi tujuan pembayaran dividen / pengeluaran saham / elaun kehadiran dan lain-lain urusan keanggotaan)
  • Butiran Penama (Nama, Hubungan, Alamat, No. Telefon dan Emel)
  • Butiran Pencadang (Nama, No. Anggota, No. Telefon (H/P))
  • Akuan Pemohon

Langganan minimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM500 dan maksimum sebanyak RM5000. Nilai syer adalah RM1.00 seunit.

Kaedah Pengiraan: Jumlah Unit x RM1.00 per unit = Jumlah Langganan Syer

Selain jumlah langganan syer, pemohon perlu membayar Fi Masuk sebanyak RM50 sekali bayar dan caj RM1.00 bagi transaksi yang berjaya dilakukan di platform gerbang pembayaran Toyyib Pay.

Caj transaksi RM1.00 ini ditanggung pemohon sebagai pengguna Toyyib Pay dan ia tidak termasuk dalam Jumlah Langganan Syer KOPROJAYA.

Jumlah Pembayaran di Gerbang Pembayaran Toyyib Pay:  Modal Syer (RM500 – RM5000) + Fi Masuk (RM50) + Caj Transaksi Toyyib Pay (RM1.00)

Butiran Pencadang wajib diisi sebagai syarat penerimaan permohonan sebagai anggota KOPROJAYA. Pencadang hendaklah terdiri daripada anggota sah KOPROJAYA bagi tujuan verifikasi pemohon. Pemohon hanya perlu memaklumkan anggota KOPROJAYA yang dikenali dan meminta kebenaran anggota tersebut untuk memasukkan nama dan no anggotanya sebagai Pencadang. 

Ya, pemohon akan menerima salinan borang lengkap secara automatik ke emel pemohon. Pemohon juga menerima salinan bagi transaksi yang dibuat di Toyyib Pay bagi pembayaran modal syer dan Fi Masuk.

Setiap permohonan yang diterima akan dibawa ke Mesyuarat Anggota Lembaga KOPROJAYA (MALK) yang bersidang setiap bulan untuk pertimbangan.  Keputusan permohonan keanggotaan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui notifikasi Sistem Pengurusan Keanggotaan KOPROJAYA (SPARK) ke emel pemohon, selewat-lewatnya 30 hari selepas keputusan dibuat.

Ya, status kelulusan samada ‘Diluluskan’ atau ‘Tidak Diluluskan’ akan dimaklumkan kepada pemohon melalui Sistem Pengurusan Keanggotaan KOPROJAYA (SPARK) yang dihantar melelalui emel pemohon.

Sekiranya permohonan keanggotaan diluluskan, pemohon akan diberikan akses ke SPARK yang boleh membenarkannya untuk mengemaskini profil dan menyemak transaksi syer terkini dalam tempoh 14 hari selepas notifikasi emel diterima.

Namun, sekiranya permohonan keanggotaan tidak diluluskan, pemohon boleh menyemak pemindahan jumlah pembayaran Modal Syer beserta Fi Masuk ke akaun bank dalam tempoh 14 hari selepas notifikasi emel diterima.  Caj Transaksi Toyyib Pay tidak akan dikembalikan.

Oleh itu, sila pastikan butiran dalam Borang Permohonan Keanggotaan diisi dengan lengkap dan benar bagi tujuan komunikasi menerusi emel dan aplikasi WhatsApp.

Kelebihan menjadi anggota boleh diketahui di pautan Manfaat Anggota dan Senarai Manfaat Anggota. Manfaat ini dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Pemberian dividen adalah tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KOPROJAYA, yang dibuat berdasarkan kedudukan kewangan dan prestasi perniagaan KOPROJAYA bagi tahun kewangan berkenaan.

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pada 14 Disember 2024, tahun kewangan KOPROJAYA kini bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun, berkuat kuasa bagi tahun kewangan 2025. Oleh itu, dividen bagi tahun kewangan 2025 hanya akan dibayar pada tahun 2026, selepas pengisytiharan dividen dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KOPROJAYA pada 2026.

Dividen hanya layak dibayar kepada anggota yang telah mengekalkan modal syer mereka selama sekurang-kurangnya 12 bulan di dalam akaun modal syer anggota. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Fasal 70(1) dan (2), Undang-Undang Kecil KOPROJAYA.