TENTANG KAMI
Sepintas Lalu KOPROJAYA
KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD (KOPROJAYA) merupakan satu jenama unggul kerjasama profesional muda di dalam Perkhidmatan Awam yang mendukung aspirasi negara untuk meningkatkan keupayaan rantaian ekonomi rakyat melalui gerakan koperasi. KOPROJAYA diterajui oleh para penjawat awam Perkhidmatan Awam dari pelbagai skim dan gred perkhidmatan. KOPROJAYA telah didaftarkan secara rasmi di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 21 Jun 2013 dengan nombor pendaftaran B-4-1203.
Objektif KOPROJAYA
- Meningkatkan Profesionalisme Ahli:
- Mengadakan acara berskala besar dan sesi perkongsian ilmu seperti #Teatime.
- Menyediakan peluang untuk menghadiri kursus di Maktab Kerjasama Malaysia dan ANGKASA secara percuma.
- Memberikan akses kepada pembiayaan pendidikan melalui Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan ANGKASA.
- Membina rangkaian profesional melalui program Teh Tarik bersama ALK.
- Menjaga Kebajikan Ahli:
- Memberi keutamaan kepada kebajikan penjawat awam yang menjadi ahli.
- Memberi Pulangan Dividen Tinggi:
- Menyasarkan pulangan dividen sebanyak 10% (selepas zakat) setiap tahun.
Objektif ini bertujuan memperkukuh nilai keahlian, meningkatkan kemahiran, dan memberi manfaat ekonomi yang berterusan kepada ahli Koprojaya. KOPROJAYA terus komited untuk menjadi peneraju dalam membangunkan kerjasama koperasi yang profesional dan berkualiti.
Fakta Penting KOPROJAYA
- Pendaftaran Rasmi: Berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 21 Jun 2013 (No. Pendaftaran: B-4-1203).
- Pengiktirafan Syariah: Diiktiraf sebagai patuh syariah oleh Jawatankuasa Syariah ANGKASA pada 1 Mac 2017.
- Sijil Kualiti: Memegang Sijil ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dengan No. Sijil: QMS 03156.
LOGO KOPROJAYA
Logo Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) ini diilhamkan daripada binaan tugu yang menjadi mercu tanda Putrajaya. Tugu tersebut terletak di atas bukit berhadapan dengan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat YAB Perdana Menteri.
Bentuk dan motif logo ini pula dilakar berpandukan gambaran sebuah kapal layar berwarna perak yang menjadi warna rasmi KOPROJAYA. Tulisan KOPROJAYA menghiasi di bawahnya sebagai tapak yang menjadi simbol keupayaan KOPROJAYA untuk menjadi sebuah gerakan koperasi unggul yang diterajui oleh profesional muda di dalam Perkhidmatan Awam.