Skip to content Skip to left sidebar Skip to footer

IDENTITI KOPERASI

Sebuah koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi.

Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan, kesaksamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk siddiq, amanah, telus, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang lain.


Prinsip-prinsip koperasi menjadi panduan untuk koperasi mengamalkan nilai-nilainya. Prinsip-prinsip koperasi adalah seperti berikut:-

Keanggotaan Sukarela Dan Terbuka – Koperasi adalah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang
menggunakan perkhidmatannya dan sedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina, lapisan masyarakat, bangsa, politik mahu pun agama.


Kawalan Demokratik oleh Anggota – Demokratik yang dikawal, yang mengambil bahagian secara aktif di dalam usaha menentukan dasar dan membuat keputusan.

Penglibatan Ekonomi oleh Anggota – Setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal
koperasi itu secara demokrasi.

Autonomi dan Kebebasan – Sesebuah koperasi yang dapat memelihara prinsip kawalan demokrasi oleh anggota
sambil autonomi koperasi itu dikekalkan.

Pendidikan, Latihan dan Maklumat – Koperasi yang menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta kakitangan supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada Pembangunan koperasi.

Kerjasama antara Koperasi – Berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan agar dapat
memperkukuhkan gerakan koperasi.

Mengambil Berat Terhadap Terhadap Masyarakat – Koperasi berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.