Modul E-MAT Koprojaya Dipermudah untuk Mesyuarat Akhir Tahun
Putrajaya, 26 November 2024
Koprojaya telah melancarkan Modul E-MAT (Mesyuarat Akhir Tahun) untuk mempermudah pengurusan mesyuarat koperasi secara digital. Submodul seperti Program, Program Booking, dan Sah Kehadiran telah dibangunkan untuk memastikan pengurusan mesyuarat berjalan lancar. Menurut Pengurus IT Koprojaya, Puan Nor Azila, sistem ini membolehkan ahli menempah tempat mesyuarat serta mengesahkan kehadiran mereka secara atas talian. Modul ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam pengurusan mesyuarat koperasi.
0 Comments