Platform E-Dagang Koprojaya Tawar Peluang Pendapatan Tambahan
Shah Alam, 26 November 2024
Koprojaya kini melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan modul e-dagang yang disokong oleh WooCommerce. Platform ini membolehkan ahli koperasi menjual produk mereka secara atas talian. Submodul seperti Produk, Pesanan, Kategori, Baucer, dan Cukai telah diintegrasikan untuk memberikan pengalaman pengguna yang lancar. Ketua Pembangunan Perniagaan Koprojaya, Encik Syafiq Hanafi, berkata, “Platform ini bukan sahaja memberi peluang kepada ahli untuk meningkatkan pendapatan, tetapi juga membantu koperasi memperkukuh ekonomi komuniti.”
0 Comments